Akaun apmelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

GAZA SEMAKIN TANDUS

KEBULURAN MENGUNDANG MAUT

KIRIMKAN BANTUAN BUAT SAUDARA KITA DI RAFAH YANG KINI DIRATAH OLEH ZIONIS LAKNATULLAH !!


BANTUAN KECEMASAN PALESTIN | 2024




Rakaman eksklusif yang diterbitkan oleh Al-Jazeera, dirakam dari kamera yang dipasang pada anjing Israel, menunjukkan pasukan penjajah Israel melepaskan anjing itu di dalam rumah kediaman di kem pelarian Jabalia.
Anjing itu menyerang seorang wanita warga emas 68 tahun di Jabalia, Palestin ketika dia sedang tidur, menyebabkan cedera parah.

 Lebih 700,000 rakyat Palestin di ambang kebuluran 

Tunis: Masalah kebuluran semakin meruncing di Semenanjung Gaza dengan lebih 700,000 rakyat Palestin berisiko kehilangan nyawa, menurut pejabat media kerajaan wilayah Palestin pada Selasa, lapor Sputnik.

"Situasi kebuluran di kawasan Semenanjung Gaza yang dihuni kira-kira 2.4 juta penduduk kian bertambah buruk dari hari ke hari.

Sumber : Harian Metro



SUDAH  BERBULAN LAMANYA RAKYAT PALESTIN BERHUJAN PELURU ZIONIS,

JUMLAH SYAHID SEMAKIN HARI SEMAKIN MENINGKAT

KITA DIMANA KETIKA INI?

Berdosakah mereka menjadi penduduk Palestin? Hinakah mereka menjadi rakyat Palestin sehingga diperlakukan sebegitu kejam?? 
Jawapannya... TIDAK... Sebaliknya, tanyakan pada diri kita MASIHKAN KITA BERSAMA DENGAN RAKYAT PALESTIN? Cukupkah sudah jawapan kita di hadapan Allah apabila kita ditanyakan tentang apa yang kita lakukan ketika mereka disiat-siat seperti tiada maruah??








Tentera Israel memulakan serangan di kawasan timur RAFAH pada malam Isnin, selepas rundingan gencatan senjata kelihatan bergerak ke arah yang positif, menurut agensi berita Palestin, Wafa. Israel berterusan menyasarkan kawasan berpenduduk padat di Rafah, mengakibatkan kematian berpuluh-puluh orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.



Ribuan rakyat Gaza yang berlindung di zon paling selamat Rafah mula berpindah ke Bandar  Deir El BalahKesesakan yang berada di bandar Rafah mula berpindah ke Deir Al Balah dan lebih ramai orang ramai meluru masuk ke kawasan tengah bandar itu.

Lebih menyedihkan apabila lintasan di Rafah hancur musnah akibat serangan rejim haram Zionis Israel sehingga menyebabkan tiada lagi trak bantuan kemanusian dapat memasuki Semenanjung Gaza. Serangan berkenaan turut mengakibatkan kira-kira 1.5 juta orang rakyat Palestin di Rafah sedang berpindah ke kawasan seperti Khan Younis, Deir Al Balah dan Nusairat. Kini tentera haram Israel dikatakan telah mengambil alih sepenuhnya kawalan operasi di lintasan sempadan Rafah yang terletak antara Gaza dan Mesir.



Israel mengebom bahagian timur Rafah dengan pesawat perang dan meriam, lapor media Palestin. Seorang wartawan Palestin melaporkan suar di langit malam dan penduduk tempatan melaporkan berpuluh-puluh dron peninjau terbang di atas kepala. Wafa melaporkan kenderaan tentera Israel dilaporkan bergerak ke arah pagar pemisah timur Rafah, tetapi itu tidak boleh disahkan secara bebas oleh Middle East Eye. Tentera Israel mengumumkan ia melakukan serangan bersasar terhadap Hamas di timur Rafah. Serangan tentera ke atas Rafah berlaku selepas Hamas mengumumkan ia menerima cadangan gencatan senjata dari Qatar dan Mesir.

Sumber: Middle East Eye




AYUH BANTU RAKYAT PALESTIN!!

TOP UP TABUNG AKHIRAT KITA MELALUI SEDEKAH

Sempena Jumaat yang penuh barokah ini, ayuh infak untuk saudara kita di Palestin yang setiap detik diburu peluru zionis.  Semoga Allah membuka luas pintu rezeki lain dan kabulkan hajat kita asbab dari infak yang kita buat hari ini.





LIHATLAH SENDIRI KEADAAN HOSPITAL AS-SHIFA YANG TERUK MUSNAH, RAMAI MATI DALAM KEADAAN TANGAN MASIH TERIKAT. 




Penjajah Zionis membunuh lebih daripada 400 orang awam di Kompleks Perubatan Al-Shifa dan sekitarnya dan cuba menyembunyikan jenayah mereka dengan menutup mayat dengan pasir.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANDA ADALAH HERO BUAT PENDUDUK GAZA!! 

ALHAMDULILLAH !! ALHAMDULILLAH!!
BANTUAN SAMPAI KEPADA SAUDARA DI GAZA

Syukur Alhamdulillah, hasil sumbangan kita telah memberi manfaat kepada penduduk Gaza. Walaupun sukar, tetapi ikhtiar dan usaha tetap diteruskan untuk mencari jalan terbaik menyalurkan bantuan kepada saudara di Gaza. Dengan sokongan anda semua dan izin dari Allah SWT, kita dapat memberikan cahaya kegembiraan buat mereka ketika menerima sumbangan anda. Tahniah & terima kasih para penyumbang PERWIRA.




   KENALI PERWIRA   


Kelab Perwira Malaysia merupakan sebuah platform bagi melahirkan barisan sukarelawan dan tenaga mahir serta bantuan keperluan asas dalam berhadapan bencana, Kenali kami dengan layari laman sesawang platform sukarelawan Kelab Perwira Malaysia:

www.kelabperwira.com


#kelabperwiramalaysia

#sukarelawanmahira


Hubungi kami