GANDAKAN PAHALA DI BULAN RAMADAN
Bilanya masuk bulan yang mulia ini, perkara pertama yang yang difikirkan adalah menambah amal ibadah, mengumpul pahala, ingin mendapat ganjaran yang berganda daripada Allah SWT di bulan Ramadan Al-Mubarak. Tidak dinafikan, istiqamah dalam setiap amalan kita sukar untuk dilakukan memandangkan iman setiap umat Islam ada turun naiknya. Amalan ibadah merupakan suatu perkara baik yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh semua umat manusia. Ini kerana melaksanakan amal ibadah yang diseru oleh Allah itu termasuk semua amalan yang baik dan menjangkau semua amal soleh.
Firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 21 yang maksudnya:
“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
Bulan Ramadan merupakan bulan yang terbaik bagi seorang hamba yang mahu melipat gandakan amalan soleh. Pada bulan Ramadan terdapat beberapa amalan yang boleh sama-sama kita buat walaupun ia sedikit tetapi ganjarannya berlipat kali ganda.
Amalan-amalan itu ialah seperti berikut:
1. Solat sunat sebelum sahur
Kita selalu inginkan puasa kita diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT, jadi kita perlu mulakan pagi kita dengan beribadah dengan Allah SWT. Sebelum kita bersahur solatlah sekurang-kurangnya dua raakat semoga amalan ini berkekalan. Kadang-kadang kita tidak berfikir kenapa Nabi menggalakkan kita bersahur, selain kita mendapat pahala bersahur maka kita berpeluang untuk tambah amalan dengan solat sunat.
2. Membaca kita suci al-Quran sepanjang Ramadan
Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia di mana telah diturunkan al-Quran.
Ada yang menyebut bulan Ramadan adalah bulan al-Quran, jadi kita perlu berazam dan tekad bahawa setiap hari perlu membaca kitab suci itu walaupun tidak mampu mengkhatam al-Quran tetapi kita kerap membacanya walaupun sedikit.
Seperti kita ketahui, membaca satu huruf al-Quan akan memperoleh sepuluh kebaikan sepertimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh.
Aku tidaklah mengatakan Ali Laam Miim itu satu huruf tetapi ali satu huruf lam satu huruf dan mim satu
huruf.”
3. Bersedekah
Sedekah merupakan amalan yang sangat hebat ganjarannya kerana baginda Nabi Muhammad SAW bila masuknya bulan Ramadan baginda sentiasa bersedekah seberapa banyak yang mungkin.
Bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa kita ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Jadi keluarkan sedikit harta kita untuk menginfaq di bulan Ramadan, pastikan dalam poket kita sentiasa ada wang kecil supaya lebih mudah kita memberi di mana saja kita pergi. Nampak orang yang memerlukan terus kita menghulur sedekah. Walupun pun nilainya sedikit tapi ramai dapat merasai sedekah kita dan lebih ramai mendoakan kita.
Semoga amalan kita ini di beri ganjaran yang setimpal kepada kita.
KEMPEN RAMADAN BERSAMAMU PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN
KUALA LUMPUR, 13 FEB (Bernama) - Menjelang bulan Ramadan ini, badan bukan kerajaan NGO Aman Palestin Berhad melancarkan kempen 'Ramadan Bersamamu' yang menyasarkan kutipan dana RM12 juta bagi membantu warga Palestin, Syria dan Yaman.
Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.
"Kempen ini telah pun bermula sejak 1 Februari lepas dan akan berakhir pada 7 Mei ini. Setakat ini jumlah dana yang terkumpul adalah kira-kira RM500,000 dan kesan daripada kejadian gempa bumi baru-baru ini yang banyak berfokus ke situ".
Sumber : Bernama
SIDANG MEDIA PELANCARAN RAMADAN BERSAMA 2023
Sertai kempen Ramadan Bersamamu Palestin, Syria dan Yaman dengan pakej sumbangan seperti di bawah:
1. Pakej Ramadan Bersamamu - RM500
(Pakej lengkap meliputi Bakul Ramadan, Hadiah Raya, Wakaf Ramadan dan Tajaan Iftar)
2. Bakul Ramadan - RM200
(Bantuan kotak makanan asas)
3. Hadiah Raya - RM150
(Hadiah raya buat anak yatim)
4. Wakaf Ramadan - RM100
(Wakaf pembinaan Masjid Syeikh Khalil di Lubnan)
(Plan Masjid Syeikh Khalil)
Sebuah Masjid Syeikh Khalil bakal dibina.
Maklumat Projek
Lokasi: Bar Elias, Bekaa, Lubnan
Keluasan Masjid: 913 meter persegi setiap 1 tingkat
Manfaat: Tempat solat Fardhu dan Solat Jumaat,Kelas Pengajian dan Hafazan Al-Quran dan Pusat Komuniti
Penerima Manfaat: 10,000 orang (3000 pelarian Syria)
Kos Keseluruhan: RM4,000,000.00
|
5. Tajaan Iftar - RM50
(Tajaan berbuka puasa)
6. Tabung Ramadan Bersamamu
(RM 10 atau seikhlas hati)
Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita disini dengan saudara kita di Palestin, Syria & Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)