AL-AQSA DISERANG, BANTUAN KECEMASAN AL-AQSA

KHABAR DUKA BUAT PENCINTA BUMI AL QUDS | AL-AQSA DISERANG | BANTUAN KECEMASAN AL-AQSA


 TERKINI!! Masjid Al Aqsa sekali lagi diserang oleh pihak regim tatkala umat Islam sedang beribadat melakukan solat terawih di sana.


Serangan mengejut tersebut telah membuatkan jemaah-jemaah di sana mengalami kecederaan akibat tindakan dari pihak regim.


Hampir 400 rakyat Palestin ditahan selepas dipukul dan diserang dengan kejam oleh tentera pendudukan Israel di dalam dewan solat Al-Qibli di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.



Inilah keadaan setelah Masjid Al-Aqsa diserang oleh Tentera Rejm Isr.4el. Peralatan di dalam masjid rosak, pintu dipecahkan dan mengotori kawasan solat.  Serangan seperti ini adalah serangan biadap isr.4el ke atas warga Palestin yang ingin beribadah.

Gambar: Al-Qastal


Zionis ceroboh al-Aqsa, halau jemaah Palestin tunai solat tarawih


Rejim mengusir jemaah wanita Palestin yang berada di Dewan Solat Al-Qibli dan mengheret mereka ke Pintu Al-Maghribi selain memutuskan bekalan elektrik sebagai hukuman kepada jemaah yang enggan meninggalkan masijd.

Sumber tempatan memaklumkan, rejim juga melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah jemaah yang sedang solat tarawih.


Malah, mereka juga memecah tingkap kawasan Al-Qibli menyebabkan sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin cedera.


Sementara itu, Kumpulan ekstremis Temple Mount (Al-Haram Al-Sharif) menyeru peneroka haram Israel menceroboh Masjid al-Aqsa ketika perayaan Paskah yahudi dan menawarkan haiwan korban di halaman masjid suci tersebut.


Kumpulan tersebut meminta pengikutnya berkumpul di pintu masuk pekarangan Masjid al-Aqsa pada malam raya Yahudi yang bermula hari ini, 5 April. 


Sumber:

https://ismaweb.net/2023/04/05/zionis-ceroboh-al-aqsa-halau-jemaah-palestin-tunai-solat-tarawih/


Dari dulu mereka bertahan, dari dulu nyawa mereka menjadi korban.. Hingga kini mereka tetap utuh di hadapan❗️

 Sungguh, perkara ini telah mencabuli kesucian Masjid Al Aqsa yang mana ia merupakan salah sebuah masjid paling suci buat umat Islam.


*Masjidil Aqsa adalah*


➡️Kiblat pertama umat islam

➡️Masjid kedua dibina

➡️Masjid ke-3 suci di sisi Allah

➡️Tempat persinggahan Rasulullah semasa Israk & Mikraj

➡️AL Quds dan tanah sekelilingnya adalah bumi yang diberkati dan bumi perjuangan kita! 


Jangan kalian lupa doa untuk Mereka pada Ramadan ini!



==================


Ayuh bersama AMAN PALESTIN  dalam membantu meringankan beban mereka dengan menghulurkan sumbangan dalam menerusi tabung bantuan kecemasan buat umat islam di Palestin.


Bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang kini memerlukan bantuan dan sokongan dari kita.


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :


"Barangsiapa yang melapangkan kesusahan dunia seorang mukmin, maka Allah akan melapangkan darinya kesusahan dihari kiamat".



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG KECEMASAN RAFAH RM500
TABUNG KECEMASAN RAFAH RM100
TABUNG KECEMASAN RAFAH RM50
TABUNG KECEMASAN PALESTIN RM 10
TABUNG KECEMASAN AL-AQSA SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Hubungi kami